Berasa terpanggil untuk menulis pasal benda ni. Rasanya tak adil dengan menuduh perempuan mata duitan, pentingkan wang ringgit dan sewaktu dengannya. Tahukan lelaki semua yang perkara pertama apabila perempuan berkenalan dengan seseorang lelaki ialah kemana hala tuju hubungan mereka, dan lebih jelasnya masa depan. Yes, perempuan sangat memikirkan masa panjang. Jadi tidak hairanlah perempuan memerlukan lelaki yang benar-benar sepadan untuk dirinya bermasa depan bersama-sama.
Jangan cop perempuan hanya nampak duit sahaja. Hidup dalam dunia masa kini semuanya memerlukan wang ringgit. Kalau takde wang ringgit semuanya tak jalan. Tapi tak semestinya perempuan hanya akan Nampak lelaki kacak bergaya, ada wang yang banyak, berkereta besar sahaja. Lelaki tak semestinya terlalu kaya untuk memberi masa depan yang cerah untuk wanitanya. Aku sendiri sebagai seorang perempuan juga memikirkan bagaimana hidup aku akan berakhir di tangan seorang lelaki dalam kata lain, suami. Tidak apalah jika lelaki itu bukan kaya-raya, cukuplah sekadar berpelajaran, mempunyai kerjaya yang bagus dan yang paling penting ngam dengan jiwa aku. Aku percaya disitu juga ada kebahagiaan. Dimana-mana ada kebahagiaan sebenarnya. Hanya kita perlu mengemudinya dengan baik.
Sehingga hari ini aku semacam takut untuk bergandingan dengan lelaki yang jauh lebih bagus. Kata-kata ayah aku terngiang-ngiang. Cari lelaki yang sama setaraf dengan diri kita. Jangan bermimpikan lelaki yang melebih-lebih taraf diri kita. Dan juga carilah lelaki soleh yang boleh membimbing kita dunia dan akhirat. Sebagai contoh, keluarga aku biasa-biasa sahaja. Mak dan ayah aku adalah guru sekolah. Jadi aku sebagai anak mereka bolehkan demand aku ingin berkahwin dengan anak datuk? Semacam janggal. Tapi yang buat aku terfikir bila ayah aku ada sebut, “kita inginkan lelaki yang soleh, semua mahukan lelaki yang baik tetapi lihat sisi kita dahulu, adakah kita cukup solehah untuk bergandingan dengan lelaki sebagus itu? Lelaki yang soleh adalah untuk perempuan yang solehah”. Ye, cukup sepadan. Hmmmm..
Adakah dia untukku ?
Dulu, semasa di bangku sekolah menengah, aku selalu berangan ingin berdampingan dengan lelaki yang berada di universiti, inginkan lelaki yang berpelajaran. Kini, di umur yang sudah mencapai 20 tahun, lelaki yang belajar di universiti biasa-biasa sahaja. Dan tahukah anda, perempuan masakini inginkan lelaki yang sudah berkerjaya yg dapat menjamin masa depan mereka. Yakni lelaki yang sudah mula bekerja, lelaki yang sudah tamat belajar. Sebagai contoh, si Nina adalah seorang pelajar diploma di universit tempatan, boipren dia juga masih belajar tetapi ada baki dua tahun lagi untuk menamatkan degree. Selepas Nina tamat diploma mungkin dia sudah ada angan-angan gatal untuk menikah. Akan tetapi boipren dia belum habis belajar. Kalau sama-sama habis belajar pun, si lelaki belum bekerja, tak kerja takde duit. So macamana nak kahwin? Macamana nak tanggung si Nina ni. Penyelesaiannya mungkin Nina putuskan hubungan dan menunggu pinangan anak jiran sebelah rumah yang bekerja sebagai akauntan.
Yang jelas nampak sekarang ialah, perempuan fikirkan masa depan, dan masa depan perlukan wang ringgit. Tapi bukan wang setinggi gunung everest. Cukup sekadar hidup bahagia dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk masa yang panjang. Kalau perempuan ni sangat mementingkan wang ringgit, lelaki yang berkerjaya sebagai engineer pun ditolak mentah-mentah. Lately ni, dah ramai lelaki-lelaki muda yang bekerja sebagai engineer. Jadi mungkin bagi gadis-gadis, golongan itu biasa-biasa saja.
Girl: Nak pilih yang mana satu nie? Dua-dua taf ;p
Dan bagi golongan lelaki pula, hendaklah mempersiapkan diri. Jangan salahkan sebelah pihak sahaja. Lelaki sebagai pelindung perempuan hendaklah menjaga perempuan dengan sebaiknya. Kalau dah tahu perempuan ni agak demand, berusahalah untuk memajukan diri dalam pelajaran dan kerjaya supaya bila kahwin nanti boleh memajukan rumahtangga pula. Isteri pasti tersenyum lebar didepan pintu bila si suami pulang keletihan setelah seharian bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak. Kehkehkeh.
Ah aku merasakan entri ini masih belum cukup dihuraikan. Hmm nantilah ada masa aku fikirkan lagi. Pemikiran terhad setakat ini sahaja.
Wassalam.
p/s: Entri ni hanya sekadar pandangan peribadi aku. Jika ada yang ingin dibahaskan. Sila sila silakannn. Pandangan anda amatlah dialu-alukan. Peace ! (‘’,)



1 comment:
dee, entry ni sgt cool okay. zama pun pk mcm dee jugak. bkn duit yg girls pndg sgt sbnrnye. cume kalau sikit duit pun dh dikire bagus utk future kan? cume org yg xpaham. kate perempuan mata duitan.
Post a Comment