4.34 am/7januari
Hello.
Kali ini aku menulis lagi.
Jari jemari pantas berlari
mencambahkan kata-kata
menambah idea.
Aku fikir aku tidak mampu menulis di kotak ini lagi.
Setelah sekian lama.
Ah sungguh aku rindu.
Rindu saat aku cemerlang di sini.
Sombong menuturkan bait-bait ayat.
Kini ?
Kosong.
Tiada bernama. Tidak bermakna. Sudah tidak ternama.
Hilang punca, hilang nafas.
Makin lemas tetapi sempat aku gapai
Belum lagi tewas.
Masih bernafas :)
Hello sekali lagi.
Aku mahu berjuang di sini.
Keseorangan. Aku mampu.
:)
No comments:
Post a Comment