Photo source : Tumblr
Sedih.
Menyedihkan.
Amat menyedihkan.
Sangat-sangat.
Pedih.
Sedih bila idea hilang tiba-tiba. Mungkin kah aku tidak berupaya untuk menulis lagi? Semalam aku cuba untuk cipta entri baru. Baru separuh jalan menulis tiba-tiba blank. Aku hanya simpan entry yang tak sempurna itu di kotak draft. Sedihnyee..
Mungkin aku banyak habiskan masa di laman sosial dengan membaca penulisan-penulisan orang lain menyebabkan aku hilang taring aku sendiri. Ye, di facebook banyak gila aku jumpa penulisan-penulisan yang membuka minda. Dan aku share semua itu di wall facebook aku. Cuba untuk menulis seperti mereka tetapi aku hilang upaya.
Sejak akhir-akhir ini, banyak benda yang terjadi. Baik dan buruk. Semua ada. Tapi syukur aku masih mampu menghadapinya dengan tenang. Alhamdulillah :)
Jadi dengan apa yang berlaku itu, aku seakan tak bersemangat. Tengok, blog aku abaikan tanpa cuba mengisinya. Mungkin aku terlalu memikirkan topik apa untuk dikongsi di laman ini, jadi aku hilang arah perkara apa yang aku perlu fokuskan. Aku lebih banyak habiskan masa di Facebook dan Twitter. Juga rajin menjenguk Tumblr tapi tidak pada blog. Hmm. Entahlaa.
Sekarang aku sedang mencuba. Yes, aku hampir berjaya. Jemariku menari-nari di keyboard laptop. bermakna aku telah menulis sesuatu untuk blog aku. Wow !
Moga-moga selepas ini aku mampu menulis sehingga habis, bukan hanya save di draf sahaja. Hehe. Rasanya mahu menulis tentang cinta. ^^
* Tunggu aja ya. Moga-moga aku bisa menulis lagi. Aku nggak begitu yakin kok. Hihi

2 comments:
tulis je apa2 pun.yg pnting, u tulis sepenuh hati tak kiralah psal ape pun.itu pn dh cukup :)
Thank you awak :)
Sedang mencuba ke arah itu.
Post a Comment