4.7.11

Perlukan satu perubahan



Akhir-akhir ini satu benda ni berlegar-legar dalam pikiran aku. BERUBAH. Ertinya berubah kearah kebaikan. Untuk diri aku dan orang sekeliling.
Tumblr memberi aku banyak inspirasi dan informasi. Ya, untuk menuju ke jalan yang bagus. Di situ banyak tumblr2 keislaman yang mana sesiapa saja yang membaca akan berasa mendapat sedikit semangat baru. Lupakan dulu hal ini.

Dulu semasa satu majlis makan-makan keluarga aku pernah bercanda dengan mengatakan aku ingin melabuhkan tudung. Hasrat itu secara tidak serius aku suarakan kepada adik aku. Dia pelajar sekolah agama. Katanya “Sebelum ke arah yang satu itu, perbaiki pertuturan dan tingkah laku dengan orang sekeliling dahulu, jadi barulah boleh melabuhkan tudung dan sewaktu dengannya”.

Belum sempat kami pulang aku sudah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak ketika bersembang dengan adik beradik aku. Cth: "gila lah", "bodo lah".  Seakan ia menjadi tabiat yang sukar dikikis ketika bercakap dengan orang sekeliling terutamanya orang yang agak rapat dengan kita.

Jadi, pada pandangan aku, untuk berubah harus merangkak perlahan-lahan dari bawah, bukan berubah secara drastic. Untuk berubah haruslah ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kita ini sudah menjadi orang yang baik. Jika tidak perubahan itu hanya separuh jalan dan tidak menjadi. Tidakkah malu kepada orang  sekeliling nanti? Kita boleh berubah jika kena pada caranya.

Berubah untuk diri sendiri dan kerana Allah bukan kerana orang lain. Aku bukanlah baik mana untuk bersyarah tapi ini hanya pendapat aku sahaja, tak lebih dari itu.

Apa yang aku boleh cakap, mudah-mudahan aku diberi petunjuk Allah untuk memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik. Tekadkan hati aku. Kita sebagai hambanya perlu yakin dan percaya, setiap yang Allah plan untuk kita pasti ada hikmahnya. Setiap yang terjadi tidak ada yang sia-sia.

Berharap semoga Allah memakbulkan permintaan hamba-Nya..


4 comments:

Umie Nadhirah said...

SUKE.
berubahlah ke arah kebaikan.
wah, cam dr rosmey plak aku.

Umie Nadhirah said...

hmpphh. layan.

hmphhh. bye

hmphhh. haha.

JANE said...

pasaipa umie?

:p

Anonymous said...

dee ak sokong ko!