18.7.11

Annoying

Membencikan dan rasa nak hantuk kepala kat dinding bila kita yang tak sesempurna mana ingin jadi sempurna. Aku baru sahaja merasai perasaan itu sendiri. Bila tangkap gambar aku selalu rasa tak puas hati. Rasa diri ni huduh gila. Dah la mukaku ini ditumbuhi jerawat. Tapi memang dah tak boleh buat apa la melainkan pertolongan daripada teknik editing. Jadi muka yang tak berapa sempurna tu tampak agak sempurna la di mata sendiri.

Bila aku pikir-pikir balik perasaan sebegitu hadir disebabkan orang sekeliling. Nah, kau tengok la dekat facebook tu melambak profile gadis-gadis cun, jejaka-jejaka kacak jambu. sedikit sebanyak orang yang kekurangan ini cuba untuk meniru dan jadi macam mereka-mereka itu. kesian la kan. Jenuh mengedit gamba dan bergaya sakan seharian disebabkan ingin nampak perfect.

walawehhhh. aku pun tak tahu la. Aku penah gak rasa macam tu. Nak melawa, teringin gak nak potosut-potosut macam dorang. mekap lawa-lawa. Tapi aku sedar aku tak boleh macam tu. that's not me orang putih kata. hehe. Bukan diri aku. Mekap untuk tak nak nampak pucat ade laa. Siyes muka i pucat tauuuu! tak suka la.

Ehem, macam diri sendiri ni yang serba kekurangan dan tak sempurna hendaklah bersyukur keatas kurniaan yang telah diberikan. Ni ingatan untuk diri aku jugak, mana la tau jap lagi memberontak sebab jeles tengok muka orang lain licin kemain muka kita ni berkerutu. huhu. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

* Tapi aku nak body lawa dan langsing tau ! sebab tu kena amalkan diet ni. Ini bukan kes tak bersyukur ke ape, ni kes malas nak jaga body, melantak je keje. Tak boleh nak redha macam tu aje. hee

Renung-renungkanlah dan selamat beramal :)


5 comments:

nanad said...

ya,bersyukurlah seadanya :)

Fuz said...

be urself no matter what.

Cangkul Emas said...

menjadi diri sendiri itu lebih baik dari jadik cantik sebab pakai botox ngan silikon.

Zul fattah said...

haha.. be ur self k.. my frend

iKhRam said...

buat jer mcm aku ni.. muka tak la ensem, jerawat..

tp bila camera on.. mood terus dtg.. hehehe..