6.6.11

Pada mereka-mereka

Terkadang aku mahu jadikan ruangan ini ruangan diari, ruangan peribadi. Tempat untuk luahkan rasa tanpa ada sesiapa tahu. Ia seakan menulis untuk tatapan diri sendiri sahaja. Diari berbentuk buku tidak laku lagi dalam jiwa aku sekarang. Tulis pakai pen tak syok, jari lenguh, tulisan pun jadi huduh.

Ruangan umum ini aku agak ada yang pasang mata-mata. Jadi segan untuk aku luahkan apa yang aku benci. Sebab perkataan benci akan melibatkan angin lintang amarah. Yang akan dihembus keluar bersama kata-kata tak enak didengar. Aku tak mahu dikenali dengan gadis yang berangin seperti itu.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah kalaulah aku boleh tulis semua kebencian aku pada dunia hari ini. Sebenarnya ia bukan umum kepada dunia. Dunia tidak bersalah. Makhluk yang mendiami dunia itu harus ditunjal. Tapi aku pendam rasa itu kerana itu satu keganasan. Sungguh tak comel. Tapi siapalah aku untuk menghalang keganasan yang bermaharajalela dalam jiwaku.

# Aku dapat lihat mereka-mereka itu berpuak-puak. Sekelompok mereka yang terlalu mempercayai satu sama lain tanpa ingin melihat sekeliling. Jangan pikir puak itu takkan berpecah, walaupun mereka mempunyai akal fikiran dan kecerdasan akal yang sama tapi ingat perangai dan perbuatan yang sejak azali lagi takkan mungkin sama! Manusia tak boleh hidup tanpa puak kan ?

Huh, tak akan ada siapa-siapa yang akan paham..

1 comment:

Khadija Sakaria said...

mungkin sy faham dan mungkin tidak ;p