17.5.11

Single: Belum bersedia, terlalu memilih..


Bekas kekasih. Hensem tak? hmm. putus dah. takde jodoh. Dia pun dah ada awek  baru.


Setelah single selama 19 tahun aku mula belajar bercinta tapi putus ditengah jalan. Ayat klise, "takde jodoh, nak buat camne" wohoii. Dalam bercinta pernah terlintas tak nak bercinta, nak single balik sebab jeles dengan kawan-kawan yang single. Nak menggedik.taknak stick dengan lelaki. Hubungan tu kejap je. Aku putuskan hubungan.  And now aku dah dapat title single balik. macam tak best pulak. Jeles dengan orang ada pakwe pulak. Pelik la perasaan macam ni. Tak tahu apa yang aku nak dalam hidup.

Ada dua alasan kenapa perempuan tu single.

First, perempuan itu single sebab dia belum bersedia. Belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki. Ya, mungkin belum waktunya untuk beliau mengakhiri title single. Bukan masa yang tepat. mungkin 2,3 tahun lagi. Eh, lama gila tu. Ok mungkin dia mahu habiskan pelajaran dulu. Pastu baru fikirkan pasal cinta ataupun perempuan tak nak bercinta, sampai masa orang masuk meminang then kawin teros. Oh my! ade ke macam tu. Perempuan kena betul-betul  bersedia kalau dia mahu serius dengan seorang lelaki. Itu aku. Dan aku sekarang belum betul-betul bersedia. Kesian cinta dulu, aku tak bersedia. Ini penting supaya lelaki tu yakin dengan perempuan tu. Jadi boleh la ready-ready fikir pasal kawen, kalau dah cukup umur la. haha..

Second, perempuan itu single sebab terlalu memilih. High taste mungkin. nak cari yang perfect. Kena dengan selera dia. masing-maisng kan ade taste. takkan kau takde taste kan? Hee. Tapi perempuan ni kalau memilih sangat alamat andartu la jawabnye. sampai ke sudah tak jumpa. Sekarang lelaki sangat limited. Kan perempuan lagi ramai daripada lelaki. Dapat yang dah beristeri sape nak jawab. Itu keburukan bila terlalu memilih. Kebaikan dia? memilih itu perlu untuk kita membandingkan mana lelaki yang terbaik untuk kita. Mungkin ada yang kita tak berkenan dengan seseorang lelaki tu. Sape tahu kan. Baik tak berkenan sekarang daripada tak berkenan selepas kawen. Alahai aku ni cakap pasal kawen pulak. 

Perempuan harus memilih lelaki yang kena dengan jiwa dia, ngam dengan dia, jadi lepas ni boleh jadi kekasih yang kamceng. tak gitu. Satu lagi kot ye pun memilih jangan la nak pilih lelaki yang hensem je, pastu kaya, berpelajaran tinggi, banyak duit. Mana nak cari ohoi. SM Nasaruddin tu pun dah kawen dengan Marion Counter. Dah melepas lelaki yang ada pakej lengkap. Tapi adik dia SM Faliq tak kawen lagi. Belum melepas.  kekeke*ketawa sopan. Ok baiklah, jadi tak payah la nak memilih sangat kan. Biasa-biasa sudah. Asalkan berpelajaran, ada agama, ada rupa dah la. Pasti bahagia dunia akhirat.



Haha. Imam muda jugak yang menjadi idaman ye? Sape tak nak?


Bagi aku menjadi seorang perempuan ini sangat merumitkan la. Aku rimas. Perempuan ini rumit dan susah difahami. Aku sendiri pun tak faham diri aku. Nak-nak berkaitan cinta, hati dan perasaan ni. Pada umur 20-an sekarang ini haruslah mencari cinta. ye dak? tak bersedia pun takpe. slow-slow dulu. keke

Yelah sape tak nak mencintai dan dicintai. *Alahai jiwangnye ayat. Betol kan? Semua tu dah lumrah manusia. Siapalah kita sebagai makhluk Allah untuk menidakkan. Ape yang penting fokus apa yang menjadi keutamaan dulu. Study kan? Sangat klise.

Ah lantak la nak bercinta ke hape asalkan berpada-pada dan pandai membawa diri. Itu saja bebelan daripada Ustazah Dee. 

Babai. Assalamualaikum cemua !


4 comments:

Mrs. Beruang said...

: if you are not ready yet being in relationship, hold dulu niat suci murni anda :)) anda hanya akan menyakiti hati pasangan dan hati sendiri klu tak ready lg :)) enjoy your single status haha!

JANE said...

yeah! the great one! great comment! me like it..

thank sis. enjoy dlm dilemma! ahahaa

LinieyM said...

nice one :)

JANE said...

hehe thanks awk