Aku banyak habiskan masa di blog. Bila bosan aku bukak blog. Macam kucing lapar mencari makan di longgokan sampah. Erk? Baca blog supaya aku paham cara penulisan seseorang dan cerita di sebaliknya. Aku tak mampu tulis seperti mereka. Tapi aku baca cerita mereka. Jujur aku baca. koken-sigeret, terfaktab, LensaRosak, TheOtherKhairul, cikepal, Penulis Sahaja, seorang orked. Ini cuma beberapa buah blog yang aku setia. Setiap kali ada entri baru aku cepat-cepat terjah.
Entri-entri mereka aku share di facebook dengan harapan orang lain akan suka apa yang aku baca. Dan orang lain juga baca. Mungkin mereka tak baca. Iyalah, tak semua orang rajin baca blog macam baca buku. Aku malas baca buku jadi aku anggap sahaja blog itu buku. Sedikit sebanyak boleh mencuci pemikiran aku yang semakin hari semakin berkarat ini. Penat la aku berharap orang lain juga peduli dan akan baca entri yang aku cop wow! Selepas ini aku akan share tanpa meletak harapan apa-apa. Tak paksa orang. Hanya sekadar berkongsi apa yang aku jumpa.
Sejujurnya aku rasa cuak masa baca entri LensaRosak yang BARU. Aku takut aku copy karya dia tanpa meletakkan kredit untuknya. Ye baru-baru ini aku copy entri dia. di SINI. Copy kerana aku merasakan topik yang dia kongsikan sangat cool! haha
Terima kasih buat aku teruja membaca blog anda semua. Bye
4 comments:
tiada masalah.
:)
Oh Thank you LensaRosak :)
wah., kontrolhisteria di bloglist.
harus ada di bloglist,
blog yang sangat hebat..
Post a Comment