Aku nak tanya korang. Salah ke aku sebagai seorang perempuan untuk memilih seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengan aku? Aku rasa setiap orang ada hak untuk memilih yang terbaik dalam hidupnya. Tak salah memilih. Yang aku tahu. Aku pilih lelaki untuk masa depan. Aku fikirkan masa depan. Korang sedar tak hal lelaki ini sangat serius.
Dulu masa aku sekolah menengah aku amik hal nie temeh remeh. Yela serius ape kebendanye umo baru 16,17 nak pikir pasal cinta. uwek uwek. Tu semua zaman main-main cinta beruk sume tuh. Sekarang umur aku dah 20 aku pikir benda ni secara serius macam pecah kepala pikir soalan exam. Kah kah kah. Lelaki diciptakan untuk perempuan, begitulah sebaliknya. Nak tak nak aku kena pikir pasal ini. Aku perempuan normal. Bila dah sampai ke angka 20 ni aku dalam proses memilih lelaki yang mana satu kena dengan jiwa aku. Aku tak sanggup berkenalan dengan lelaki yang salah. Terus terang aku cakap, aku susah untuk menjalinkan hubungan serius dengan lelaki. Entah kenape. tapi satu sahaja alasan aku. Mungkin belum bersedia. Entah laa. Alasan lapuk 2 tahun lepas. haha.
Back to the main point. Jangan cakap bukan-bukan aku demand nak lelaki yang perfect. Kaya, hensem, ade kereta, berpelajaran tinggi. Opss itu mesti, kena belajar pandai-pandai laa. Dan aku tak nak pun lelaki kaya, lelaki hensem. Buat aku sakit jiwa je. Xmau lah. Aku cuma nak lelaki yang sejiwa dengan aku. terima aku seadanya. Hormat mak, ayah aku. Pandai bawak diri, matang. Itu yang penting.
Selain mak,ayah dan kawan-kawan. Aku takde sesiapa dah. Sebab tu kadang-kadang aku emosi, aku rasa sunyi sangat. Aku penah buat status macam ni dkt facebook "Perempuan sukakan perhatian tapi mereka tak sukakan penantian" . Itu sangat tepat kan? Mungkin aku perlukan perhatian. Kurang kasih sayang ke weh? Geli mak! hahahaha.
Aku ingat kata-kata ayah aku. Beliau cakap pasangan hidup kita nanti setara dengan kita. Jarang jika aku wanita yang biasa bertemu jodoh dengan anak jutawan, anak dato ke hape. Entah la betol ke tak. Ayah aku cuma cakap jangan expect benda yang lebih daripada jangkaan. Jangan demand lebih la. Biase-biase cool-cool sudaa. Sebab tu aku tak pernah berangan kawen dengan anak raja, anak dato, anak orang kaya. Sebelum berangan tu aku dah set, aku takkan dapat. Pengalaman aku kalau aku jangkakan lebih aku selalu dapat kurang. jadi. buat biasa-biasa sudah.
Ye seperti kata aku tadi. Setiap orang berhak memilih lelaki dalam hidupnya. Dan aku tak memilih orang kaya/hensem. Yang aku nak orang yang benar-benar memahami aku, sekepala, pelindung aku dan dia datang ketika aku benar-benar bersedia. Auwwwwww aku tak suka lah berjiwang nieeeeeee! Uwekkkk.. Tapi takpelah terpaksa jugak.. Korang yang dah jumpe pasangan yang sekepala korang best la. hari-hari muntah sebab asyik berjiwang i lap you, you lap meja. haha
Pesanan aku: Lelaki jodoh aku cepat lah datang cari aku. Aku dah penat tunggu kau tau tak! Kang aku terkapel dengan lelaki lain baru ternganga kau ha..
kih kih kih. Apelaa aku nih. Mengarut pepagi buta..
Eh sini di Terengganu sejak dari semalam hujan tak berhenti, membuatkan aku sukar untuk bangun pagi pegi kelas. Nyum nyum. Tido is Enak.. Bye

3 comments:
Your Mr Right is out there but with all the wrong woman. Nanti die sampai lah tu. Lambat sket. Musim hujan kan. Susah nak travel. hihi.
penantian suatu penyeksaan
tepat sekali!!
yeaahhh!!
bambam= dah setahun daaaa hahahk. dia duk oversea kot. xbalik lg. hhak.
yuki= jenuh nk menunggu nyah oi. :p
Post a Comment