19.10.10

maki dan cakap


pegi lorong belakang dan cakap
tak mahu kasi tahu segala kata

depan-depan buat la mimik muka
supaya aku tahu baran kau

jangan main sembunyi
aku tak tahu mana salah
tolong tengking.

aku juga ada angin
tapi aku tak hembus
pokok tak bergoyang kuat
kalau aku ramal ia tumbang
tapi tak tumbang
memang aku bomoh pembohong

jadi
kalau ada terguris
kau cepat-cepat maki
tapi dari depan
maki belakang orang akan kutuk kau balik.

aku..
juga manusia biasa
ada makiannya juga
ada baran
entah-entah lagi kuat anginnya
tapi aku benci bertumbuk
nanti ada darah

jadi aku diam dan tunggu saja apa yang muncul kelak.

2 comments:

Unknown said...

pergh..mmg beremosi ni dee...makang dalang neh...

JANE said...

bukan emosi nie cik cma.
kata2 banyak makna. hahaa